Isnin, 27 September 2010

agama Islam zalim??



Salam ukhuwwah semua….

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam neraka Jahanamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan.” (TQS: Al-Anfaal:36)

Sejak akhir-akhir ini, banyaknya berita yang dipaparkan adalah tentang umat Islam yang ditindas oleh negara-negara kafir seperti Yahudi terutamanya kepada kaum wanita Islam. Mereka diperlakukan seperti manusia yang tidak mempunyai harga diri, menyakitinya dengan tanpa ada belas kasihan dan sebagainya. Musuh-musuh Islam tidak akan berhenti dan berpuas hati selagi negara Islam terus mencapai kecemerlangan dan kedamaian di dunia ini. Inilah isu-isu yang perlu dihadapi oleh umat Islam pada hari ini.

Oleh kerana itulah, wanita telah menjadi subjek propaganda yang utama diperkatakan dilakukan dengan hebatnya oleh negara Barat terutamanya kepada wanita Islam. Mereka juga hendak mengeluarkan wanita muslimah ini dari cara hidup mereka yang murni dan hubungan suci di antara mereka agar menjadi barang dagangan dan objek untuk melepaskan nafsu syahwat semata-mata. Propaganda ini telah bermula sejak zaman awal kemunculan Islam lagi sehingga kini, tetapi langkah dan gayanya kian bertambah sejak akhir-akhir ini. Musuh Islam ini sentiasa memburuk-burukkan agama Islam dengan menimbulkan pelbagai isu yang tidak baik.

Antara pembohongan besar yang dilakukan oleh mereka yang membenci Islam ialah agama ini menzalimi wanita dan mengabaikan mereka serta menganggap mereka tidak memiliki sebarang pendapat dan pemikiran untuk berkongsi idea-idea yang menarik. Inilah taktik yang dilakukan oleh barat sehingga ke hari ini. Mereka mengatakan Islam ini adalah sebagai agama keganasan, tidak baik, sentiasa menzalimi wanita dan selalu mengabaikan peranan yang boleh di bawa oleh wanita. Adakah benar tanggapan yang mereka katakan itu??. Tepuk dada tanya selera masing-masing....

Mereka sebenarnya tidak pernah merasa puas dengan apa yang mereka lakukan dan perkatakan. Ada sahaja isu pembohongan yang ingin dibangkitkan untuk menentang agama Islam yang suci ini. Selain daripada isu berkaitan dengan wanita, musuh Islam juga turut membangkitkan tidak ada kebaikan pun dalam agama Islam ini. Di antaranya adalah mengatakan agama Islam ini adalah sebuah agama pengganas terhadap umatnya terutama kepada kaum wanita seperti Islam ini membenarkan suami mendera isterinya, kaum wanita tidak boleh melebihi hak dalam semua perkara dari kaum lelaki, malahan orang Islam juga dikatakan suka berperang untuk menyebarkan Islam serta berjihad dalam Islam kerana kefakiran dan kemiskinan, umat Islam mundur dan terkebelakang serta menjadi malas kerana akidah Qada’ dan Qadar dan jika mereka meninggalkan akidah Islam ini, pasti mereka akan lebih maju dan banyak lagi.

Tambahan lagi, mereka tidak akan berhenti selagi agama Islam tidak hilang di dunia ini selagi itulah mereka terus memburuk-burukkannya. Padahal mereka sebenarnya tahu banyaknya kebaikan yang wujud di dalam agama Islam ini. Akan tetapi mereka terus mempertikaikannya dan tidak memperakuinya.

Justeru itu, kita sebagai umat Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan yakin bahawa Islam agama yang syumul dan suci seharusnya bangkit berjuang menentang dan melawan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam ini supaya mereka tidak terus memburuk-burukkan agama Islam yang mulia ini dengan melalui pelbagai cara yang membolehkan dalam diri mereka timbulnya rasa kegerunan terhadap Islam.

Fikir-fikirkanlah….



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan