Jumaat, 22 Oktober 2010

smpurnakah ibdt ramadhan kita???




Salam ukhuwwah untuk semua....

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga mendapat rahmat dan barakah di bulan yang mulia ini hendaknya.

Setiap tahun, apabila tibanya bulan mulia ini kita dapat lihat satu suasana yang berlainan dari bulan-bulan yang lain. Ini kerana di bulan ini sahajalah kita akan mendapat kelebihan-kelebihan dalam melakukan ibadat kepada Allah S.W.T yang mana tidak kita dapati di bulan-bulan yang lain. Ini kerana di bulan ini kita dapat membersihkan pemikiran kita dari segala perkara-perkara atau hal-hal yang buruk yang selama ini membelenggu diri kita.

Akan tetapi dalam kita ghairah untuk mengejar pahala di bulan yng mulia ini, pernahkah kita menghayati maksud atau erti puasa yang sebenar. Inilah yang berlaku kepada umat Islam pada masa kini yang mana dapat dilihat kebanyakan mereka semua tetap melakukan kesilapan yang sama walaupun sepatutnya mereka boleh mengelakkannya dari terpengaruh. Di antara kesalahan yang dilakukan adalah seperti berikut:
• Tidak menetapkan niat fardu puasa pada setiap malam hari walaupun mereka telah meniatkan puasa dengan niat di awal Ramadan.
• Masih makan dan minum ketika azan Subuh berkumandang.

• Bersahur awal dan melewatkan waktu berbuka.

• Berlebih dalam membelikan dan menyediakan juadah untuk berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.
• Tidak menjaga solat fardu atau melengah-lengahkannya.
• Tidak menjaga lidah daripada ucapan sia-sia, mengumpat, memfitnah atau berdusta.
• Membazirkan masanya dengan melakukan kerja tidak berfaedah seperti menonton televisyen dan mendengar radio yang tidak memberi apa-apa manfaat kepadanya
.
• Meringan-ringankan ibadat sunat seperti berdoa, berzikir, membaca al-Quran, melakukan solat-solat sunat dan beristighfar.
• Tidak menunaikan solat Tarawih dan menganggapnya tidak penting.
• Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada awal Ramadan, namun selepas itu ia mengurangkan amal ibadat di pertengahan dan pada sepuluh malam terakhir.
• Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir.
• Tetap menjadi bakhil, kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah orang yang memerlukannya.
• Keluarnya wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.
• Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah sehingga bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
• Tidak memperbanyakkan takbir pada malam hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.
• Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.
• Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau.


Di samping itu, pernahkah kita tahu bahawa terdapat juga beberapa kebaikan apabila kita berpuasa. Di antaranya adalah kita dapat merehatkan penghadaman tubuh badan, mengelakkan @ mengurangkan pnyakit yang merbahaya serta kita juga dapat berkenal-kenalan dengan masyarakat yang tidak kita kenali sebelum ini dengan mengadakan majlis-majlis untuk merapatkan ukkhuwah melaui cara megadakan majlis berbuka puasa dan banyak lagi.
Justeru itu, marilah sama-sama kita renungkan kembali adakah sempurna ibadat kita di bulan ramadhan...