Isnin, 9 Ogos 2010

HALALKAH MAKANAN YANG DIMAKAN???

Mungkin kita pernah mendengar di media-media seperti radio, televisyen,dan juga di jaringan2 intrnet masa kini, betapa banyak berita-berita atau isu- isu tentang perkataan halal yang berkaitan dengan makanan yang dipaparkan di kebanyakan premis-premis makanan yang terdapat di Negara kita pada hari ini terutamanya di premis yang dimiliki oleh orang bukan Islam. Apakah benar perkataan halal yang dipamerkan??? Adakah kita juga menyelidikinya terlebih dahulu???
Jika kita lihat pada hari ini, kebanyakan yang memasuki premis atau tempat-tempat makan yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah orang Islam. Sepatutnya mereka hendaklah mengkaji dan selidik terlebih dahulu tentang premis-premis makan itu supaya mereka tidak mudah tertipu dengan tanda halal yang dipamerkan itu. Malahan, mereka juga tidak ambil peduli adakah tanda halal yang diletakkan di premis-premis makanan tersebut benar atau palsu. Inilah yang sangat membimbangkan kita. Akan tetapi, kebanyakan daripada mereka turut tertipu dengan premis-premis makanan yang mereka kunjungi kerana di sebalik logo halal yang terdapat di premis makanan itu sebenarnya adalah palsu semata-mata. Sedangkan Allah S.W.T telah berfirman dalam Al-Quran dan telah memerintahkan umat Islam supaya memakan makanan yang halal dan baik serta tidak mengikut hasutan syaitan.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai manusia, makanlah yang halal dan baik (thayiban) dari apa-apa yang ada di bumi, dan janganlah kalian ikuti langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168).
Selain itu, kebanyakan pemilik-pemilik premis makan juga tidak ambil peduli dan tidak mengambil berat tentang bahan-bahan makanan yang diproses sebelum dimasak dan dihidangkan untuk dimakan terutamanya kepada orang Islam. Contohnya daging ayam yang disembelih dan diproses itu adakah melalui cara yang telah digariskan oleh agama Islam atau tidak.
Terdapat juga di dada akhbar yang menerbitkan isu ini untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada pengguna-pengguna Islam supaya lebih berhati-hati agar mereka tidak terpengaruh dan tertipu dengan perkara tersebut.Terdapat juga laporan daripada Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) yang membuat operasi halal HUB di rumah-rumah atau premis-premis penyembelihan di sekitar Kuala Lumpur yang mendapati kebanyakan premis atau rumah penyembelihan menjalankan operasi penyembelihan secara betul dan yang telah ditetapkan oleh JAKIM. Pihak JAIS mengatakan kebanyakan penyembelihnya adalah bukan Islam walaupun mereka bertauliah. Cara penyembelihan mereka juga tidak betul dan kena pada tempat-tempat yang ditetapkan. Ini kerana kebanyakan yang bekerja di premis-premis sembelihan ialah orang Bangladesh, Indonesia, orang Kashmir dan sebagainya serta terdapat segelintir sahaja orang Melayu. Ini menyebabkan kebanyakan sembelihan yang dilakukan banyak yang menyeleweng daripada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM. Malahan, kebanyakan tauke-tauke di rumah sembelihan majoritinya juga adalah orang bukan Islam seperti orang Cina, India dan sebagainya.
Di antara bukti-bukti yang diperolehi oleh pihak JAIS tentang bagaimana cara mereka melakukan sembelihan adalah dengan cara menyucuk ayam, mencampakkan ayam yang masih hidup ke dalam air, meletakkan ayam dengan menindihkannya, menyembelih ayam dengan tidak memutuskan uratnya sehingga habis supaya ayam-ayam tersebut cepat mati. Ini dilakukan untuk mempercepatkan lagi kerja-kerja mereka dan dapat dihantar ke premis-premis makanan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Oleh itu, sebagai seorang yang beragama islam seharusnya kita perlulah berhati-hati dan selidik terlebih dahulu terhadap premis-premis tempat mereka ingin makan untuk mengelakkan perkara tersebut. Di samping itu, pengguna Islam juga seharusnya sentiasa peka dengan isu-isu semasa yang berlaku agar mereka tidak mudah diperkotak-katikkan oleh orang bukan Islam yang tidak pernah berputus asa untuk melihat agama Islam terus dipermainkan.